STEM Racing dedah pelajar teroka peluang kerjaya


Abstract

Penganjuran STEM Racing disokong penuh oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dalam membangunkan bakat baharu tempatan, selain memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Naib Presiden Kanan TalentCorp, Mas Muhammad Hakim Masika berkata, TalentCorp menyokong dan menjadi rakan strategik dalam pelaksanaan program itu bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai bidang STEM. Menurutnya, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai bidang kemahiran STEM menyebabkan potensi bakat baharu tidak dapat diketengahkan. Program itu dianjurkan oleh STEM Racing Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala TalentCorp sebagai rakan strategik.“STEM Racing merupakan inisiatif inovatif yang menggabungkan pembelajaran interaktif dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) membabitkan penyertaan 500 pelajar sekolah menengah seluruh negara berlangsung selama tiga hari di UiTM Melaka.

[thumbnail of 16736.pdf] Text
16736.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (807kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 305 Social groups
Newspaper: Sinar Harian
Date: 3 March 2025
Depositing User: Rosila Nordin (Alor Gajah)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record