Bahasa Melayu mampu sesuaikan diri dengan perubahan zaman


Abstract

SHAH ALAM: Bahasa Melayu mampu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman kerana sifatnya yang dinamik selain usaha pelbagai pihak yang giat memperkasakan penggunaannya seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Vijayaletchumy Subramaniam, berkata teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), gamifikasi dan infografik mampu memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa kini.

"Penerapan AI dalam pembelajaran dan pengajaran membuka ruang baharu dalam pendidikan dan penyelidikan bahasa Melayu.

"Teknologi ini bukan sahaja membantu pelajar dan pendidik, malah turut menyumbang kepada kefahaman masyarakat umum terhadap bahasa Melayu dengan cara yang lebih menarik dan relevan," katanya dalam Program Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) bertajuk "Transformasi Bahasa Melayu dalam Era Digital" anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.

[thumbnail of 16734.pdf] Text
16734.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (231kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 400 Language
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Academy of Language Studies
Newspaper: Berita Harian
Date: 14 May 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record