Pelajar Kulinari UiTM menang pingat emas pertandingan memasak antarabangsa di Kazan, Russia


Abstract

KAZAN (TATARSTAN): Pelajar jurusan kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Muhamad Sufi Irfan Mohamad Rusdin, tidak menyangka percubaan pertamanya menyertai pertandingan memasak peringkat antarabangsa membawa tuah kepada beliau apabila diumumkan sebagai pemenang pingat emas kategori Confectionery Arts.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan peserta hebat dari 12 negara termasuk Arab Saudi, Azerbaijan, Tunisia, Turki, Rusia, Indonesia, Uzbekistan, Senegal, Kazakhstan, dan Iran pada pertandingan berprestij, Young Chef International Competition 2025 di Kazan, Tatarstan, Russia baru-baru ini.

"Memang saya terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, jantung berdegup laju, tangan pun sedikit menggeletar sebab tidak sangka langsung.

"Saya sertai pertandingan untuk mencabar diri serta menguji kemampuan diri pada peringkat luar negara. Satu pengalaman baharu untuk saya, saya rasa sangat bersyukur dan terharu apabila menang, Allah Maha Besar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

[thumbnail of 16733.pdf] Text
16733.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (363kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Awards
Campuses: Penang
Divisions: Faculties > Hotel and Tourism Management
Newspaper: Berita Harian
Date: 18 May 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record