Penilaian Kualiti Dan Kaedah Pengurusan Tapak Semaian Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)


Abstract

Lawatan penandaarasan telah dijalankan oleh ahli kumpulan inovasi dan kreatif (KIK) Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke tapak semaian di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Penandaarasan bertujuan untuk melihat amalan penyemaian biji benih dan kaedah pengurusan nurseri di sana. Lawatan ini juga memberi fokus kepada teknik dan teknologi yang digunakan dalam proses semaian serta potensi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sumber. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Muhammad Syafiie Bin Sutan, Penolong Pengurus Ladang UCAM. Satu taklimat telah diberikan oleh beliau serta penerangan tentang teknik penyemaian di UCAM masih menggunakan cara tradisional tanpa sistem yang berteknologi. Pihak UCAM juga amat mengalu-alukan teknologi berkaitan sistem penyemaian untuk pertumbuhan biji benih yang efisien dan dapat mengurangkan kos operasi. Hasil dari lawatan ke tapak penyemaian biji benih di UCAM telah memberikan pelbagai idea untuk penambahbaikan dalam meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar. Melalui lawatan ini, keperluan untuk penghasilan inovasi baru dan mengetengahkan elemen teknologi IOT dan seiring dengan Perancangan Strategik UiTM 2025 iaitu menyediakan ekosistem termaju dan kondusif untuk kemajuan akademik melalui tadbir urus yang cekap.

[thumbnail of 16729.pdf] Text
16729.pdf
Restricted to Repository staff only

Click to Download (383kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Melaka > Jasin Campus
Divisions: Faculties > Plantation and Agrotechnology
Newspaper: UiTM News Hub
Date: 6 August 2024
Depositing User: Rosila Nordin (Alor Gajah)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record