Abstract
SHAH ALAM - Cadangan menarik subsidi gula tidak memberikan impak besar bagi mengurangkan kadar penyakit diabetes di negara ini untuk mengambil bahan manis.
Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Dietetik Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Norfatihah Ismail berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia bergantung kepada kesedaran individu untuk menjaga kesihatan.
“Mengeluarkan gula daripada senarai barangan bersubsidi bukan langkah bijak untuk mengurangkan kadar penyakit kencing manis.
“Pengambilan gula sama seperti isu merokok, walaupun harga dinaikkan pengguna yang tegar tetap membelinya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Ahad, Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial mencadangkan kerajaan mengeluarkan gula daripada diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengurangkan penyakit diabetes berbanding memperkenalkan sistem penggredan kandungan gula.
![[thumbnail of 16717.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16717.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (217kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics 600 Technology > 640 Home & family management > 641 Food & drink > Food Heritage |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 21 May 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |