Abstract
MUNGKIN cetusan ini agak lambat untuk memberi pandangan pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) setelah seminggu ia berakhir. Umum mengetahui calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan iaitu Pang Sock Tao menang menewaskan tiga calon lain dengan majoriti agak selesa.
Di sebalik jangkaan awal PRK KKB akan mengekalkan status quo dalam persaingan yang sengit, ada beberapa perkara menarik untuk diperhatikan. Benar, tiada yang secara relatifnya signifikan untuk diperhatikan.
Mungkin ia juga sebab mengapa peratusan keluar mengundi rendah atas pertimbangan siapa menang tidak akan membawa sebarang perubahan. Sementelah pula kedua-dua paksi utama, PH dan Perikatan Nasional (PN) masih mengekalkan vote bank yang sama diterima ketika pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu, di sebalik pengurangan undi masing-masing yang disebabkan penurunan jumlah peratusan keluar mengundi tersebut.
Namun, PRK KKB tetap membawa beberapa perkara yang perlu diperhatikan dengan serius bagi setiap parti bertanding dalam merangka strategi pilihan raya masa hadapan. Sama ada PH dan PN, PRK KKB merupakan isyarat terbaik untuk masing-masing mula daripada awal (back to the drawing board) bagi persiapan pilihan raya seterusnya.
![[thumbnail of 16713.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16713.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (369kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 18 May 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |