Abstract
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar cadangan membenarkan pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata, telah termaktub dalam perlembagaan bahawa UiTM adalah milik bumiputera dan ia akan kekal sampai bila-bila.
“Memang betul dalam negara ini tiada kardiotoraks (pakar jantung), ada tapi kurang. Jadi tak salah nak buka di UiTM tetapi kita ambillah doktor bumiputera.
“Takkan tiada doktor-doktor bumiputera,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial Facebook pada Jumaat.
Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway Alumni UiTM - Institut Jantung Negara (IJN), Raja Amin Raja Mokhtar berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di universiti berkenaan.
![[thumbnail of 16706.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16706.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (231kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 306 Culture & institutions 300 Social sciences > 320 Political science 300 Social sciences > 370 Education > Higher education 300 Social sciences > 370 Education > Public policy issues in education |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 17 May 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |