Abstract
MELESTARIKAN alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap insan.
Oleh itu, masyarakat perlu didedahkan dengan amalan tersebut bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. Untuk itu, Kelab Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) telah menganjurkan program lawatan industri yang dinamakan sebagai Sungai Klang Visit Day di Friends of Sungai Klang Taman Melawati River Three Park di ibu negara baru-baru ini. Program itu merupakan aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab melestarikan alam sekitar, terutamanya dalam isu kualiti sungai.
Pengarah Program Sungai Klang Visit Day, Adams Haiqal Osman Nazir berkata, lawatan itu memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari cara organisasi berorientasikan komuniti seperti Alliance of River Three (River Three) menguruskan isu-isu berkaitan kelestarian bagi mengekalkan kemampanan.
Menurutnya, objektif utama program itu adalah untuk memupuk nilai tanggungjawab dalam diri peserta akan keadaan alam sekitar yang kian tergadai seiring pembangunan pesat negara ketika ini.
![[thumbnail of 16705.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16705.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (750kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 305 Social groups |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Kosmo |
Date: | 12 May 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |