Abstract
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada bapa seni bina negara, Hijjas Kasturi pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Shah Alam di sini hari ini.
Penganugerahan kepada tokoh arkitek negara itu disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar ketika sidang pertama sesi pembukaan istiadat konvokesyen berkenaan.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, anugerah itu diberikan atas jasa besar Hijjas yang menjadi pengasas School of Applied Arts di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) pada tahun 1967 dan asas kepada penubuhan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR).
"Beliau adalah antara penggerak awal pendidikan seni bina di Malaysia dan dianggap sebagai bapa seni bina moden Malaysia, yang banyak menzahirkan jiwa Melayu dalam setiap reka bentuknya.
![[thumbnail of 16692.pdf]](/style/images/fileicons/image.png)
16692.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (349kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Awards |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 7 May 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |