Abstract
MESKIPUN Syawal sudah berakhir, namun majlis rumah terbuka masih rancak tanpa mengira waktu sama ada hari bekerja atau hujung minggu, siang atau malam. Ada jamuan yang dibuat di rumah, masjid, surau, pejabat, dewan dan restoran yang semuanya pasti akan mengambil kesempatan untuk mengadakan ma
jlis yang mulia ini. Bahkan secara khusus adat dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia ada yang meneruskan majlis ini sehingga tiba Aidiladha lantaran masa sebulan Syawal seperti tidak mencukupi. Apa sahaja nama yang diberi sama ada rumah terbuka, jamuan hari raya, majlis silaturahim atau kenduri Aidilfitri, namun hal ini termasuk dalam amalan bersedekah yang menjadi sunnah Rasulullah SAW yang menyuruh umatnya supaya sentiasa memberi makan kepada orang - (Riwayat at-Tirmizi).
Bagi memastikan majlis seumpama ini sentiasa diberkati, maka tetamu hendaklah menjaga adab ketika hadir ke rumah terbuka supaya ia tidak mengundang perasaan tidak selesa daripada tuan rumah.
Pertama, hadir pada waktu ditetapkan. Jika tidak mampu hadir pada waktu terbabit, maklum kepada tuan rumah atau mohon maaf atas ketidakhadiran disebabkan kerja atau urusan keluarga. Jangan hadir terlalu awal kerana mungkin tuan rumah masih sibuk membuat persiapan atau belum sampai di rumah lagi, jangan pula terlalu lewat kerana ia mungkin mengganggu privasi tuan rumah untuk berehat dan urusan peribadi.
![[thumbnail of 16668.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16668.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (351kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Academy of Language Studies |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 30 April 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |