Abstract
KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka akan memulakan urusan membawa balik artifak berkaitan sejarah negeri itu dari Belanda Julai ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, memaklumkan beliau akan ke Belanda bagi urusan berkenaan, susulan surat diterima daripada negara itu untuk pemulangan artifak terbabit, termasuk manuskrip lama.
Ab Rauf berkata, ia sebahagian usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperbetul sejarah yang dipesongkan akibat penjajahan termasuk berkaitan Laksamana Hang Tuah, yang sering dianggap sebagai kisah mitos.
"Banyak lagi perkara untuk kita bawa balik bagi kita meluruskan kebengkokan sejarah ini. Usaha ini akan berterusan dan Julai ini, saya akan ke Belanda untuk membuat perbincangan dua hala dengan kerajaan negara itu mengenai artifak yang boleh kita bawa balik sebagai bukti sejarah Melaka ini akan terus utuh dan dapat diperbetulkan.
![[thumbnail of 16665.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16665.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (286kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 400 Language 800 Literature |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 30 April 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |