Kemahiran literasi media lahir masyarakat peka persekitaran


Abstract

Perkembangan teknologi komunikasi massa memperlihatkan maklumat mampu disebarkan dengan sebegitu pantas dan mudah. Hal ini menjadikan kebergantungan masyarakat kepadanya sangat besar.

Malah, media sosial sebagai sebahagian produk komunikasi massa bukan sahaja sumber maklumat dan berita, tetapi juga ruang untuk perhubungan serta interaksi. Berdasarkan kepada statistik dikeluarkan laman web rujukan perpustakaan digital, Datareportal, jumlah pengguna media sosial di Malaysia sehingga bulan Januari 2023 dianggarkan 26.8 juta orang.

Angka ini jelas menunjukkan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat masa kini dan menjadi rujukan utama untuk menjalankan rutin seharian.
Bagaimanapun pengguna media sosial seharusnya mempunyai keupayaan bagi menganalisis, menilai dan memahami semua kandungan media yang diperoleh secara kritis. Dalam hal ini orang awam seharusnya mahir dalam literasi media.

[thumbnail of NEWSPAPER_14080.pdf] Text
NEWSPAPER_14080.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (126kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record