Abstract
KUALA LUMPUR: Ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) (ESKU) edisi 2025 yang dijangka menerima kehadiran 402,918 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan input berkaitan pengajian akademik turut membuka ruang kepada ibu bapa dan golongan profesional yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah.
Penganjuran acara itu yang diadakan selama tiga hari berakhir esok di kampus UiTM di Shah Alam, Selangor, akan diteruskan di seluruh kampus cawangannya pada 10 hingga 18 Mei depan.
Program ini memberi pendekatan lebih strategik dan interaktif dalam usaha menyampaikan maklumat terkini kepada lepasan SPM dan Kolej Matrikulasi, sekali gus memastikan UiTM terus menjadi destinasi pengajian utama.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, berkata penganjuran tahun ini lebih bersifat inklusif dan memfokuskan kepada pendekatan mesra pelajar dengan membawa tema dan slogan 'Jadikan UiTM Pilihan No 1' dengan penggunaan logo khas bagi memperkukuh penjenamaan universiti.
![[thumbnail of 16629.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16629.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (270kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Higher education |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Berita Harian |
Date: | 26 April 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |