Abstract
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dijangka menukar strategi dengan melancarkan ‘perang’ terhadap dasar-dasar kerajaan bagi menarik semula sokongan pengundi Melayu ekoran undi yang diperoleh daripada kelompok itu merosot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Penganalisis politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, koalisi PN mungkin akan memperkenalkan dasar bayangan kerana tumpuan rakyat ketika ini lebih terarah kepada dasar kerajaan yang dapat membantu kelangsungan hidup mereka.
“Pengundi sekarang mahu sesuatu yang baharu dan dalam konteks hari ini sudah tidak relevan lagi untuk isu seperti 3R (agama, kaum dan raja) didendangkan. Yang penting bagi rakyat sekarang soal kelangsungan hidup.
“Jadi tidak salah kepada PN kalau mahu melancarkan dasar bayangan kerana semuanya untuk kebajikan rakyat dan boleh menambah baik lagi dasar kerajaan supaya lebih inklusif atau menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan boikot sebahagian penyokong tegar Pas dan undi putih UMNO yang dipercayai kunci utama PN gagal meneruskan ‘gelombang hijau’ untuk merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB daripada Pakatan Harapan (PH).
![[thumbnail of 16608.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16608.pdf - Published Version
Click to Download (321kB)
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 14 May 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |