Abstract
MENJELANG seminggu hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), bahang kempen serta kemeriahannya masih belum terasa. Selepas seminggu kempen, parti dan calon-calon yang bertanding masih berkempen dalam mod sederhana.
Mungkin masuk minggu kedua inilah baru bahang dan suasana kempen yang sebenar dapat dilihat. Apapun yang berlaku kelak, ramai sudah mula membuat tekaan tentang siapa bakal menang di KKB Sabtu depan.
Walaupun ada empat calon yang bertanding, saingan dijangka sengit antara calon Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN). Justeru itu situasi ‘tahan atau tawan’ menjadi latar belakang PRK KKB yang menarik untuk diperhatikan.
Untuk rekod enam PRK sebelumnya memperlihatkan penyandang berjaya mempertahankan kerusi masing-masing sekali gus lawan gagal menawannya.
Dengan KKB dijangka mengekalkan pola sedia ada, masih ada yang meramalkan PN mampu menawannya daripada PH.
Faktor demografi pengundi di KKB jelas penentu. Perubahan semasa memperlihatkan pembesaran saiz pengundi Melayu menjadi elemen penting dalam merangka perancangan.
Justeru perkiraan awal bahawa merebut undi Melayu yang sengit, status quo pengundi Cina dan hayunan sokongan pengundi India di KKB antara pertimbangan untuk tahan atau tawan kerusi KKB.
![[thumbnail of 16607.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16607.pdf - Published Version
Click to Download (390kB)
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Negeri Sembilan Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 4 May 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |