Abstract
HARI ini gelanggang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dibuka secara rasmi.
Untuk rekod, PRK ini adalah yang ketujuh jika dikira daripada PRK Kuala Terengganu sehinggalah Kemaman selepas enam pilihan raya negeri (PRN), Ogos tahun lalu.
Ia juga pilihan raya pertama bagi tahun 2024. Mengambil kira PRN Sabah juga mungkin boleh berlaku tahun ini, maka PRK Kuala Kubu Baharu penting untuk dilihat dengan hemat.
Mungkin ramai berpandangan PRK ini sekadar formaliti bagi mengisi kekosongan yang ada.
Apa pun keputusannya, ia tidak banyak mengubah kedudukan semasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Malah, DUN Kuala Kubu Baharu dianggap kubu kuat Pakatan Harapan (PH).
Sebagai kawasan berdemografi bercampur, komposisi kaum yang sangat seimbang menjadikan ia mudah diramal.
Walaupun secara blok, pengundi Melayu kelompok terbesar di sini, namun pembahagian Melayu-bukan Melayu menjadikan pengundi bukan Melayu kelompok majoriti.
![[thumbnail of 16605.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16605.pdf - Published Version
Click to Download (383kB)
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 320 Political science |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 27 April 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |