Calon Melayu PN mampu gugat peluang PH


Abstract

SHAH ALAM - Langkah PN meletakkan calon Melayu daripada Bersatu, Khairul Azhari Saut, 54, secara tidak langsung memudahkan PN untuk membangkitkan naratif anti-DAP sekali gus meraih undi, kata Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Ariff Aizuddin Azlan.

Beliau berkata, strategi PN mengetengahkan calon Melayu pada PRK KKB ini dilihat sebagai satu strategi untuk menarik lebih ramai pengundi Melayu.

Katanya, ia akan memberi sedikit kesan kepada PH-BN terutamanya dari sudut berkempen.

“Antara kesan bakal dirasai oleh DAP adalah parti itu mungkin mengalami defisit sokongan pengundi Melayu kerana mereka pada kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu alternatif dan undiannya tidak terhad kepada satu parti semata-mata.

“Jika naratif anti-DAP ini dimainkan dan ditambah pula dengan isu-isu ekonomi berbangkit, tidak mustahil pengundi Melayu di KKB akan terbeli dengan hujahan politik sebegini,” katanya.

Ariff Aizuddin berpandangan, isu-isu naratif yang bakal dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding sangat penting dalam menjadi penentu kemenangan pada PRK KKB.

[thumbnail of 16602.pdf] Text
16602.pdf - Published Version

Click to Download (260kB)
Edit Item Record
Edit Item Record