Baucar buku semarakkan budaya membaca, pacu industri kreatif


Abstract

Inisiatif Baucar Buku MADANI yang mencapai penebusan 100 peratus, termasuk di luar bandar pada tahun lalu, mendorong Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengemukakan cadangan memperluaskan pemberiannya kepada guru.

Baucar buku ini bertujuan memupuk minat membaca dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan pelajar dan masyarakat umum untuk membeli buku berkualiti.

Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, terutama pelajar yang bergantung kepada buku sebagai sumber utama pembelajaran, bahkan pendekatan strategik menghidupkan semula budaya membaca.

Inisiatif ini dilihat membuka ruang kepada kemudahan akses buku, sekali gus menyumbang kepada pengembangan ilmu dan membina tabiat membaca berterusan.

[thumbnail of NEWSPAPER_14069.pdf] Text
NEWSPAPER_14069.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (144kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record