Abstract
PEKERJA senior merupakan satu aset kepada organisasi tidak kiralah organisasi tersebut awam atau swasta. Sering kali menjadi pertikaian dalam suatu organisasi tersebut jika pekerja berpengalaman dan senior ini tidak diberikan perhatian sewajarnya atau dipandang sepi.
Persoalannya, mengapa hal ini boleh berlaku? Pentingkah kita untuk memberi perhatian kepada pekerja senior ini?
Setiap pekerja mempunyai garis masa tertentu dan ia bermula ketika proses melaporkan diri di organisasi dalam umur yang tertentu. Ada yang masih muda berumur sekitar 18 tahun sudah diterima bekerja dan ada yang berada dalam umur sekitar 30-an atau lebih.
Penulis ingin mengimbas kembali luahan pembaca yang pernah disiarkan di akhbar pada tahun 2009 iaitu “SPA diminta utamakan pekerja berpengalaman isi kekosongan” dan “beri peluang veteran naik pangkat”. Kedua-dua rencana tersebut menekankan betapa pentingnya keperluan pekerja berpengalaman dan lebih senior ini diberi keutamaan dan perhatian.
Konsep kekananan atau ‘senioriti’ daripada perspektif pengurusan sumber manusia adalah melibatkan tiga perspektif iaitu umur, tahap kecekapan dan hierarki.
Pekerja senior merupakan seseorang yang mempunyai kelebihan kerana pengalaman yang diperoleh tidak akan sama dengan pengalaman oleh pekerja yang berada dalam generasi X,Y dan Z.
Generasi muda yang telah memasuki landskap kehidupan pekerjaan dalam keadaan ketidakpastian, dikatakan kurang setia dan komited kepada majikan mereka dan meletakkan nilai kebebasan dan keseimbangan kerja-kehidupan berbanding generasi yang lebih tua.
![[thumbnail of 16571.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16571.pdf - Published Version
Click to Download (366kB)
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 302 Social interaction |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Administrative Office > Registrar |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 25 April 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |