Gembleng tenaga


Abstract

TEMA sambutan Hari Antidadah Tahun 2025 iaitu Lebih Baik Cegah diiringi slogan Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama membuktikan keperluan semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa.

Ini kerana memupuk semangat sukarelawan untuk menangani gejala dadah penting kerana mahasiswa kelompok berpotensi besar untuk membawa perubahan positif.

Statistik terkini dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan peningkatan ketara dalam kes penagihan, sekali gus menuntut tindakan drastik bagi membendung gejala ini.

Generasi muda perlu tampil sebagai barisan hadapan dalam menangani ancaman ini kerana sebagai mahasiswa umpamanya mereka bukan sekadar penuntut ilmu, tetapi aset negara yang mampu menjadi ejen perubahan dalam menangani permasalahan sosial ini.

Melalui platform Skuad Antidadah dikendalikan AADK, mahasiswa kini dapat bergiat aktif dalam usaha kesukarelawanan bagi menyebarkan kesedaran dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam komuniti universiti.

[thumbnail of 16526.pdf] Text
16526.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (339kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 305 Social groups
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 7 April 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record