Bantuan kewangan ringankan beban pelajar IPT terkesan kebakaran saluran paip gas


Abstract

Shah Alam: Sumbangan RM2,000 yang disalurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) memberi kelegaan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu.

Bantuan itu disifatkan sangat bermakna terutama ramai dalam kalangan mereka yang kehilangan bukan sahaja harta benda tetapi juga peranti elektronik seperti tablet dan komputer riba, yang penting untuk digunakan bagi tujuan pengajian akan bermula esok.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Nur Ain Aisya Mohmad Johar, 23, berkata, tablet (iPad) dan komputer riba miliknya musnah dalam kejadian pada 1 April lalu.

"Insya-Allah duit itu sedikit sebanyak akan dimanfaatkan untuk menggantikan semula peranti elektronik saya. UiTM pun ada memberikan sedikit sumbangan. Ini memberikan sedikit kelegaan kepada kami selepas diuji dengan musibah," kata pelajar ijazah pengurusan sumber manusia yang menetap di Kampung Kuala Sungai Baharu itu.

[thumbnail of 16525.pdf] Text
16525.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (267kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education > Higher education
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 6 April 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record