Rujuk ulama untuk fahami agama, elak sangka buruk


Abstract

Dalam era globalisasi ini, umat Islam berhadapan dengan fitnah lambakan maklumat sukar dipastikan kesahihannya.

Kemudahan akses kepada maklumat dan perkongsian membuka ruang kepada dunia komunikasi tanpa sempadan.

Natijahnya, setiap individu mampu menjadi penyedia kandungan dan penyiar rancangan, malah boleh menjadi pakar rujuk kepada pelbagai bidang dengan mudah.

Maka, tidak terlepas juga bidang agama. Dunia maya hari ini memungkinkan semua orang berkongsi ilmu dan menyebarkan intipati ajaran agama kepada orang lain secara bebas tanpa sekatan.

Bagaimanapun, tidak semua orang mampu memahami teks al-quran dan hadis dengan maksudnya yang tepat. Ini kerana tahap kefahaman individu tidak sama, bergantung kepada pendidikan dan pengalaman masing-masing yang berbeza.

Maka, Muslim secara umumnya perlu merujuk kepada pakar atau ulama yang lebih mahir untuk menjelaskan teks daripada sumber agama.

[thumbnail of 16522.pdf] Text
16522.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (114kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Johor
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Berita Harian
Date: 2 April 2025
Depositing User: Siti Fatihah Mohd Fuzi (Pasir Gudang)
Edit Item Record
Edit Item Record