Abstract
Kuching: Kecacatan fizikal pada kedua-dua kaki sejak lahir, ditambah dengan kesibukan menjalani latihan sukan tidak menghalang Ashley Irenaeus Jeck, untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ahsley, 24, yang juga atlet badminton para kebangsaan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada Istiadat Konvokesyen Ke-100 UiTM di Kampus Samarahan UiTM Sarawak, semalam.
Menurut anak muda kelahiran Dalat dalam Bahagian Mukah itu, beliau gembira dan bersyukur apabila berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun selepas melapor untuk mengikuti pengajian di UiTM Sarawak pada 2021.
Beliau mengakui banyak kesukaran dihadapinya ketika mengikuti pengajian berikutan pergerakan yang terhad
"Saya bergerak dengan menggunakan kerusi roda dan ini pastinya menyukarkan pergerakan ketika di kampus.
"Namun bantuan rakan banyak mengurangkan kesukaran saya sehingga membolehkan saya menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan," katanya.
Ahsley berkata, beliau beberapa kali memohon pelepasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana perlu menjalani latihan untuk mewakili negara dan negeri dalam kejohanan badminton para.
"Saya berterima kasih kepada KPT dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang banyak membantu saya membahagikan masa untuk pengajian dan latihan sukan.
"Berkat kerjasama itu, saya berjaya mendapat hasilnya apabila menerima Ijazah Sarjana Muda hari ini," katanya.
Bakat Ashley dalam sukan badminton para mula dikesan ketika beliau menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat sehingga diserapkan dalam pasukan Para Sukan Malaysia (Sukma) 2016.
Pendedahan pada penyertaan pertama itu meningkatkan pencapaiannya apabila berjaya meraih pingat emas untuk kontinjen Sarawak pada temasya Para Sukma Kuala Lumpur pada 2022.
Kejayaan itu membuka pintu kepada Ashley untuk mewakili negara dan beliau membalas kepercayaan itu apabila menghadiahkan pingat gangsa untuk kontinjen negara pada Sukan Para Asean SEAN di Phnom Penh Kemboja, tahun lalu.
Pada temasya Para Sukma Sarawak September lalu, Ashley sekali lagi menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Sarawak menerusi acara badminton perseorangan lelaki WH2.
Kejayaan itu menyaksikan beliau sekali lagi dipanggil untuk latihan pusat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk kejohanan Sukan Para Asean di Korat, Thailand, tahun depan.
Ashley berkata, MSN meletakkan sasaran layak ke final pada kejohanan itu nanti dan beliau bertekad untuk mencapainya, sekali gus memberikan aksi terbaik untuk kontinjen negara.
![[thumbnail of 16506.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16506.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (302kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kecacatan fizikal |
Subjects: | 100 Philosophy & psychology 300 Social sciences 300 Social sciences > 370 Education |
Campuses: | Sarawak > Samarahan 2 Campus |
Newspaper: | Harian Metro |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 5 December 2024 |
Depositing User: | Dominic (Samarahan) |