UiTM Sarawak jalankan pelbagai usaha untuk jadi gedung ilmu bertaraf global


Abstract

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalankan pelbagai usaha, termasuk memeterai Perjanjian Persefahaman bersama rakan-rakan strategik, dalam usaha untuk menjadi gedung ilmu bertaraf global.

Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Datuk Abdul Wahab Aziz, berkata UiTM merupakan sebuah universiti yang sentiasa komited untuk melahirkan graduan cemerlang dalam pelbagai aspek.
“Dalam konteks ini, UiTM memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian akademik, kemahiran profesional serta pemikiran kreatif, seiring dengan perkembangan dunia.

“Beberapa Perjanjian Persefahaman bersama rakan strategik telah dipergiatkan, misalnya bersama Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Kedutaan Turki dan Kedutaan Kanada.

“Kerjasama ini berperanan sebagai platform bagi anjakan transformasi ke arah kelestarian ilmu yang relevan dan bermanfaat,” katanya pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 di Dewan Jubli UiTM Samarahan di sini, pagi tadi.
Menurut Abdul Wahab, hubungan ini turut membuka peluang kepada graduan untuk terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti.

Ini akan membantu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta profesionalisme mereka dalam dunia pekerjaan.

UiTM juga, katanya, sangat menitikberatkan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar agar mereka memiliki kemahiran insaniah yang tinggi dan berpersonaliti unggul.

“Misalnya, program bersama Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dalam program Projek Penanaman Pokok baru-baru ini,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Wahab turut memberitahu, berdasarkan indeks kebolehpasaran, graduan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi mencapai hampir 90 peratus.

Pencapaian yang membanggakan ini juga, katanya, mencerminkan bahawa bidang-bidang pengajian ini masih kekal relevan sebagai penyumbang, pembina dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.

“Dunia pada masa kini adalah dunia yang mencabar.

“Justeru, anak-anak muda harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lain,” katanya.

[thumbnail of 16496.pdf] Text
16496.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (750kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: Perjanjian Persefahaman , Gedung ilmu
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Sarawak > Samarahan 2 Campus
Divisions: Administrative Office > Communications Department
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-3
Date: 15 October 2024
Depositing User: Dominic (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record