UiTM Sarawak perolehi akreditasi daripada Premier Digital Tech Institution


Abstract

KOTA SAMARAHAN: Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Sarawak telah berjaya memperoleh akreditasi daripada Premier Digital Tech Institution, Agensi Akreditasi Kewangan, dan Institut Pemasaran Bertauliah.

Menurut Pro-Ganselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz, kejayaan ini merupakan salah satu penyumbang kepada pencapaian indeks kebolehpasaran graduan fakulti tersebut, yang kini mencatat hampir 90 peratus.

“Pencapaian ini mencerminkan bahawa bidang pengajian ini masih relevan sebagai penyumbang dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sejagat,” katanya pada Istiadat Konvokesyen Ke-100 UiTM bagi sidang pertama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata seramai 297 siswazah diraikan pada sidang pertama daripada keseluruhan 1,235 siswazah bagi tempoh dua hari istiadat berlangsung.

Katanya, seramai 538 siswazah akan menerima ijazah sarjana muda, manakala 697 lagi akan menerima diploma.

[thumbnail of 16495.pdf] Text
16495.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (473kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: Premier Digital Tech Institution
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Sarawak > Samarahan 2 Campus
Divisions: Administrative Office > Communications Department
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 4 December 2024
Depositing User: Dominic (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record