35 penuntut UiTM Sarawak terima komputer riba Yayasan Taqwa


Abstract

KOTA SAMARAHAN: Seramai 35 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menerima sumbangan komputer riba daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan sebagai sokongan kepada proses pembelajaran mereka.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Abdul Aziz Abd Jalal, berkata sumbangan itu diberikan kepada penuntut daripada keluarga kurang berkemampuan bagi memastikan mereka mendapat akses kepada teknologi.

“Sebanyak 35 komputer riba bernilai RM3,375 setiap satu disumbangkan kepada penuntut terpilih UiTM Cawangan Sarawak, dengan jumlah keseluruhan RM118,125 melalui Program SISWA+,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bantuan Komputer Riba kepada Mahasiswa oleh Yayasan Taqwa-MAIWP yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan Dua, UiTM Cawangan Sarawak, hari ini.

Abdul Aziz menjelaskan bahawa sumbangan ini bertujuan mempermudah pelajar menyelesaikan tugasan akademik, di samping membuka peluang untuk mereka berkembang dalam dunia digital yang kian maju.

“Teknologi adalah kunci kepada masa depan, dan dengan akses yang mencukupi, saya yakin penuntut dapat mencapai kejayaan lebih cemerlang.

“Sumbangan ini juga diharap menjadi motivasi kepada pelajar, terutama yang kurang berkemampuan, untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran mereka,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini sejajar dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia.

Abdul Aziz menambah, pendekatan Yayasan Taqwa ini menghayati teras ihsan dalam gagasan Malaysia Madani yang menekankan nilai kasih sayang, kepedulian, dan belas kasihan.

“Inisiatif ini adalah usaha membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pendidikan sambil membina semangat kepedulian terhadap masyarakat,” katanya lagi.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Dr Saimi Bujang, serta Koordinator Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Dr Malvern Abdullah.

[thumbnail of 16494.pdf] Text
16494.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (346kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: komputer riba
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Sarawak > Samarahan 2 Campus
Divisions: Administrative Office > Communications Department
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 13 January 2025
Depositing User: Dominic (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record