UiTM Sarawak dicadang bangunkan pelancongan desa di Bengoh


Abstract

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dicadang membangunkan industri pelancongan desa di Bengoh melalui pemindahan ilmu dalam aspek pembangunan pakej pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong Datuk Dr. Jerip Susil dalam kenyataan UiTM Sarawak berkata, pakej pelancongan berteraskan kebudayaan dan kesenian komuniti tempatan mampu menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) itu menyokong hasrat UiTM Sarawak dalam memperkasakan penyelidikan alga sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui serta meneroka potensi penanaman padi berteknologi tinggi.

“Saya amat menyokong usaha ini dan menawarkan pelaksanaan projek perintis di kawasan Bengoh sebagai ‘test bed’ dengan sokongan geran penyelidikan,” katanya dalam kenyataan susulan kunjungan hormat delegasi yang diketuai Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dr Firdaus Abdullah di pejabatnya.

Dalam kunjungan yang sama, Dr Firdaus turut menyampaikan kertas cadangan kajian bertajuk “Emission and Carbon Reduction Program – Retrofitting Program for Kuching’s Public Bus Fleet”.

Kertas cadangan kajian tersebut adalah untuk pertimbangan bagi mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dengan UiTM Sarawak.

Dr. Jerip terdahulu diberi taklimat mengenai UiTM Sarawak dan program-program Pra-Diploma yang ditawarkan untuk dipromosikan kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan DUN Mambong.

[thumbnail of 16492.pdf] Text
16492.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (290kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Uncontrolled Keywords: pelancongan desa
Subjects: Corporate Governance
Campuses: Sarawak > Samarahan 2 Campus
Divisions: Administrative Office > Communications Department
Newspaper: Suara Sarawak
Page Range: pp. 1-2
Date: 25 March 2025
Depositing User: Dominic (Samarahan)
Edit Item Record
Edit Item Record