Ada yang kempunan tak dapat beli lemang daun lerek


Abstract

Kuala Lumpur: "Setiap tahun, kami sasarkan semakin banyak lemang lerek boleh dihasilkan berikutan permintaan meningkat dan ada yang kempunan tak dapat merasa," kata pengusaha lemang lerek, Fadhanah Tajul Bariyah Razlan Shah, 25.

Berasal dari Kuala Lumpur, Fadhanah mengusahakan perniagaan lemang lerek yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Mohd Zaki Md Zin, 46, sejak 2011.

Menurutnya, resipi lemang itu diinspirasikan daripada kaedah tradisional Orang Asli di Raub, Pahang yang gemar memasak dalam buluh sebelum bapa saudaranya menyesuaikan dengan cita rasa.

"Buluh dan daun lerek kami ambil dari hutan di Raub, upah Orang Asli untuk mendapat bekalan terbaik.

Walaupun harga santan meningkat, Fadhanah berkata pihaknya mengekalkan harga lemang seperti tahun lalu iaitu RM18 bagi saiz kecil atau S, RM20 (M), RM22 (L) dan RM24 (XL).

"Gerai kami dibuka seminggu sebelum Aidilfitri dan sambutan sangat memberangsangkan.

"Pada malam raya, kami hadkan tiga batang seorang supaya lebih ramai dapat menikmati lemang ini.

"Jika tidak, ada yang borong terlalu banyak sehingga ramai yang kecewa kerana kehabisan stok," katanya.

Perniagaan keluarga itu dijalankan secara gotong-royong membabitkan lebih 20 ahli keluarga termasuk sepupu dan ibu bapa saudaranya.

Malah, katanya, bakal tunangnya, Mohd Haziq Deniel Mohd Hairul, 26, turut mula belajar mengusahakan lemang dengan mempraktikkannya bersama mereka sekeluarga di gerai lemang pada kali ini.

Biarpun bekerja tetap sebagai pembantu kewangan di sebuah syarikat swasta, Fadhanah yang mempunyai ijazah dalam bidang kewangan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, dia seronok dapat turut bersama dalam perniagaan bermusim itu di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

[thumbnail of 16490.pdf] Text
16490.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (589kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Harian Metro
Date: 1 April 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record