Semak semula kawasan perumahan dekat paip gas


Abstract

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pembangunan perumahan yang berdekatan dengan saluran paip gas susulan tragedi paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, kelmarin.

Pensyarah Fakulti Sains dan Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr. Aweng Eh Rak berkata, sebarang pembangunan infrastruktur yang dilakukan di atas aliran paip gas boleh mewujudkan tekanan luar meskipun saluran berada di bawah tanah.

Katanya, gangguan luar dan dalam aliran saliran gas seperti pengaratan berkemungkinan juga menjadi punca paip pecah pada bila-bila masa.

“Pengaratan berlaku biasanya disebabkan oleh mikrob. Selain itu, masalah teknikal iaitu kimpalan yang tidak betul dilakukan juga merupakan punca yang agak besar.

“Pelaksanaan pembinaan kediaman dan aktiviti komersial di atas aliran paip gas merupakan kawasan risiko tinggi kerana mampu memberi tekanan luar terhadap paip gas. Jadi kerajaan perlu semak semula SOP kawasan perumahan dan projek pembangunan lain di lokasi berhampiran paip gas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

[thumbnail of 16484.pdf] Text
16484.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (600kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 670 Manufacturing
Campuses: Selangor
Divisions: Faculties > College of Engineering
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 3 April 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record