Abstract
PEMBANGUNAN lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah memacu industri logistik dan hartanah di kawasan bandar. Namun, kawasan luar bandar seperti Jeli (Kelantan) atau Setiu (Terengganu) masih bergantung pada jalan persekutuan yang usang.
Di Lembah Klang, lebuh raya seperti Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) meningkatkan nilai hartanah sehingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun. Namun, di kawasan pedalaman Kelantan, kenaikan nilai tanah hampir tidak ketara.
Laporan Institut Kajian Khazanah (2023) menunjukkan pemilikan kenderaan di Pantai Timur adalah 40 peratus lebih rendah berbanding Pantai Barat. Ini membuktikan kurangnya lebuh raya berkualiti menghalang mobiliti ekonomi.
Pembangunan lebuh raya juga mempengaruhi pelaburan asing (FDI). Pada 2024, 75 peratus FDI tertumpu di negeri dengan jaringan lebuh raya maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Wilayah seperti Perlis dan Kelantan hanya menerima kurang daripada 5 peratus FDI. Ketiadaan lebuh raya moden menjadi salah satu faktor penghalang utama.
Kesan ketidakseimbangan ini juga jelas dalam industri pelancongan. Destinasi seperti Genting Highlands dan Melaka mendapat lebih banyak pelancong kerana akses lebuh raya yang baik.
![[thumbnail of 16589.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16589.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (297kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 620 Engineering & allied operations > 625 Engineering of railroads & roads |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Administrative Office > Malaysia Institute of Transport |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 16 April 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |