Abstract
Dengkil: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah terhadap perhimpunan bertemakan 'Rakyat Benci Rasuah' yang dijadual berlangsung esok, sambil menekankan komitmennya dalam memerangi gejala rasuah di semua peringkat.
Beliau berkata kebenaran sudah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin Nasution baru-baru ini dilaporkan mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara esok, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kebenaran sudah diberikan... cuma ada tempat-tempat yang (kemudian) tidak diberi kebenaran. Bagi saya, tak ada masalah. Buatlah, nak bantah, bantahlah rasuah," kata Anwar kepada media selepas selesai mengerjakan solat Jumaat di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil, di sini, hari ini, apabila diminta mengulas mengenai perhimpunan tersebut.
![[thumbnail of #16468.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
#16468.pdf
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (366kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing |
Campuses: | Selangor Selangor > Selayang Campus |
Divisions: | Administrative Office > Islamic Affairs Unit |
Newspaper: | Harian Metro |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 24 January 2025 |
Depositing User: | Muhammad Faizzudin bin Mohd Yusof (Selayang) |