Abstract
Dengkil: Tabiat menabung perlu dibina sejak usia muda dengan menyasarkan simpanan antara 10 dan 20 peratus daripada pendapatan atau elaun bulanan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Takaful Association (MTA) Mohd Radzuan Mohamed.
Beliau berkata golongan muda khususnya pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) turut digalakkan untuk menyertai program literasi kewangan dan manfaatkan sumber seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memahami kaedah mengurus kewangan dengan baik.
"Anda juga perlu mencipta belanjawan bulanan dengan menyenaraikan perbelanjaan penting dan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan, serta menggunakan kad kredit dengan bijak, di samping mengelak daripada melakukan pinjaman tidak penting," katanya pada majlis Iftar Bersama Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.
Beliau turut menasihatkan pelajar IPT agar memiliki perlindungan takaful yang berperanan sebagai perlindungan awal bagi membantu mengurangkan beban kewangan di masa hadapan.
![[thumbnail of #16467.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
#16467.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (369kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works > 070 News media, journalism & publishing 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics |
Campuses: | Selangor Selangor > Selayang Campus |
Newspaper: | Harian Metro |
Page Range: | pp. 1-2 |
Date: | 20 March 2025 |
Depositing User: | Muhammad Faizzudin bin Mohd Yusof (Selayang) |