Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berbuka puasa bersama 600 warga UiTM


Abstract

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda kira-kira jam 6.30 petang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin serta barisan pengurusan kanan universiti.

Pada majlis berkenaan, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM berkenan menyerahkan sumbangan kepada 20 penuntut miskin serta enam penuntut dan empat kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) UiTM.

UiTM dalam kenyataan menjelaskan sumbangan berjumlah RM6,000 diperuntukkan melalui Dana Zakat UiTM dan Dana Sedekah UiTM di bawah Bahagian Zakat, Sedekah & Wakaf (ZAWAF UiTM) yang mana setiap penerima menerima RM200.

[thumbnail of 16463.pdf] Text
16463.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (228kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 11 March 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record