Mengangkat politik kesederhanaan


Abstract

MINGGU lalu cetusan ini menyentuh tentang bersederhana sebagai inti pati Aidilfitri. Oleh sebab mood raya masih ada, di samping satu lagi ‘raya’ yang akan disambut oleh orang Kuala Kubu Baharu, maka topik bersederhana masih menjadi inti pati penulisan.

Cumanya, sederhana kali ini lebih bersifat politik. Ia menarik perhatian apabila Rabu lalu, Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Seri Perdana Putrajaya bersepakat mengangkat pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai orientasi Kerajaan Perpaduan bagi menjamin kestabilan, kesejahteraan serta keharmonian negara dan masyarakat.

Dengan landskap politik semasa, jelas politik kesederhanaan menjadi ‘lebih perlu’ berbanding sebelumnya. Pertama, walaupun politik negara sudah menjadi lebih anjal, dinamik dan progresif, peningkatan politik identiti juga turut menjadi semakin mencabar.

Malah, fenomenanya lebih tajam dan ekstrem ke tahap tidak pernah kita lihat sebelumnya, sedangkan hakikatnya segala apa yang kita nikmati sehingga hari ini kerana hasil amalan politik kesederhanaan itu sendiri.

Faktor kerjasama, kompromi dan mengambil jalan tengah kepimpinan terdahulu membawa kepada pelbagai limpahan kemajuan yang dinikmati oleh semua tanpa mengira bangsa serta agama.

[thumbnail of 16268.pdf] Text
16268.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (348kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Sinar Harian
Date: 20 April 2024
Depositing User: Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil)
Edit Item Record
Edit Item Record