Serangan dron Iran: Israel harus bersedia terima ancaman berpanjangan


Abstract

KUALA LUMPUR - Israel kini harus bersedia menerima ancaman berpanjangan daripada Iran susulan tindakan mereka menyerang Palestin tanpa belas kasihan sejak Oktober lalu.

Felo Operasi Psikologi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin juga berpendapat, serangan balas Israel dijangka berlaku namun jarak ribuan kilometer tidak memungkinkan serangan dilancarkan secara berterusan.

"Israel sudah tentu menyekat dan menindas penduduk Gaza serta merancang sesuatu terhadap Iran. Iran juga memberi gambaran bahawa sebarang bentuk tindakan yang dilakukan Israel, mereka juga harus bersedia menerima ancaman.

"Ini juga menunjukkan pertembungan kuasa diplomasi dron dua negara dan diplomasi yang menunjukkan sama ada kedua-dua negara boleh kekal bertoleransi atau kita menuju kepada satu konflik yang berpanjangan seperti mana berlaku di Ukraine dan Rusia dan kawasan Asia Barat yang belum selesai hingga sekarang," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Dalam pada itu, serangan Iran memberi tamparan besar kepada sistem keselamatan dunia apabila Iran menggunakan diplomasi dron untuk 'mengajar' Israel dengan melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu ke Israel semalam.

Edit Item Record
Edit Item Record