Tart, semperit harumanis tampil kelainan


Abstract

PADANG BESAR: Tart nanas dan semperit antara sajian popular dan wajib setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Bersempena Aidilfitri tahun ini, buat pertama kali sebuah syarikat pemula Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawa­ngan Perlis, Athanliz Innovation Sdn. Bhd. (AISB) mencipta kelainan dengan menghasilkan kuih ber­kenaan berasaskan mempelam harumanis.

Pengarah Urusan AISB, Dr. Athifah Najwani Shahidan berkata, menerusi inovasi itu, pihak­nya menghasilkan enam jenis kuih raya berasaskan buah ikonik negeri ini untuk dikomersialkan kepada orang ramai.

Katanya, selain tart dan semperit harumanis, mereka juga menghasilkan soft cookies harumanis, cornflakes harumanis, almond london harumanis dan harumanis spread.

“Kita cuba untuk mengkomersialkan produk berasaskan buah mempelam harumanis ini secara meluas menerusi inovasi kuih raya ini dan merupakan kali pertama dihasilkan menjelang Aidilfitri,” katanya di sini semalam.

[thumbnail of 16243.pdf] Text
16243.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (309kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record