Abstract
KUALA LUMPUR - Harga jauh lebih murah selain akses semakin mudah dan meluas antara faktor mendorong pengguna cenderung berbelanja di platform e-dagang seperti TikTok Shop berbanding berkunjung ke kedai fizikal.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Jain Yassin berkata, platform e-dagang juga memudahkan pengguna untuk melakukan proses pemilihan dan pembelian barang.
"Dari sudut harga, sebagai orang yang ingin membeli akan cenderung kepada pembelian secara dalam talian (kerana lebih murah). Yang keduanya penggunaan e-dagang sekarang sudah meluas, secara logiknya ia menyenangkan proses pemilihan dan pembelian barang,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan khas Bernama semalam, berkenaan keluhan peniaga Bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) berikutan jualan kurang memberangsangkan berbanding sebelum ini antara lain disebabkan kemunculan platform e-dagang seperti TikTok Shop.
Selain itu beliau juga tidak menolak kuasa beli yang semakin berkurangan sebagai satu daripada faktor mendorong pengguna untuk lebih cenderung berbelanja di platform e-dagang.
![[thumbnail of 16234.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16234.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (287kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics Business 300 Social sciences > 302 Social interaction |
Campuses: | Sabah > Kota Kinabalu Campus |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 6 April 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |