Perihal kemaslahatan umum


Abstract

KETIKA kempen boikot semakin membina momentum tersendiri bermula dengan solidariti terhadap Palestin dan terkini melalui isu stoking kedai serbaneka, wujud pandangan agar ia dilihat dari aspek kemaslahatan (baca: kepentingan) umum.

Ia berikutan kempen boikot menimbulkan ketakutan akan merebak sehingga tahap keganasan seperti insiden kedai serbaneka dilempar bom petrol yang membawa kepada kebimbangan umum di sebalik reaksi pelbagai.

Dalam isu boikot, kita faham konteks dan subteksnya. Isunya bukanlah Melayu lawan bukan Melayu tetapi terkait dengan kesucian dan maruah agama Islam yang dihina dalam insiden tersebut.

Malah boikot juga masih bersifat pilihan, bukannya paksaan. Itu pun masih dianggap suatu tindakan yang kecil atas kesalahan amat serius dan tidak bertanggungjawab.

Namun, kita harus kembali kepada objektiviti agar tidak dipengaruhi prasangka sendiri. Walaupun wajib hukumnya untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada diganggu gugat, perkara terkait Islam tidak boleh dibahaskan berdasar logik akal semata-mata.

Hal tersebut memerlukan kepada disiplin ilmu yang benar dan pemahaman jelas terhadap nas-nas berkaitan serta perlu merujuk kepada pihak-pihak berautoriti ke atasnya.

Edit Item Record
Edit Item Record