Dinamika pemasaran parti politik


Abstract

KHAMIS lalu kita mendapat perkhabaran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mendiang.

Kematian mendiang bermaksud akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil (PRK) menjadikan tujuh kesemuanya selepas enam PRK lalu di Kuala Terengganu, Pulai, Simpang Jeram, Pelangai, Jepak dan terakhir Kemaman jika dikira selepas enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos 2023.

Pada masa sama, tanpa kita sedar pilihan raya umum (PRU) negeri Sabah juga mungkin boleh berlaku tahun ini walaupun mandat masih berlaku sehingga tempohnya tamat pada Oktober 2025.

Dengan PRK Kuala Kubu Baharu bakal menjelma dan Sabah menunggu masa, parti-parti politik mungkin perlu melakukan pemasaran politik mereka dengan segera.

Dalam era politik yang semakin mencabar, pemasaran politik yang kuat dan berkesan akan memungkinkan parti politik mengalahkan parti lawan lain.

Secara umum, pemasaran politik ialah pendekatan strategik yang digunakan oleh parti politik untuk mempromosikan idea, dasar dan calon mereka kepada pengundi.

Edit Item Record
Edit Item Record