Abstract
HARI ini masuk hari kelima umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasanya masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadan kepada seluruh umat Islam.
Didoakan semoga ALLAH memberkati semua dengan limpahan rahmat-Nya dan menerima segala amal ibadah kita selama bulan suci ini.
Namun, apabila ada pihak yang mempolemikkan operasi kantin sekolah pada bulan Ramadan, ia menarik perhatian dan perdebatan.
Daripada isu bak kut teh, sekolah vernakular sehinggalah operasi kantin Ramadan, ada sahaja perkara mahu dieksploitasi untuk tunjuk jaguh kelompok masing-masing.
Agak sedih dan terkilan, bukan sahaja isu-isu tersebut menimbulkan kontroversi berpanjangan, malah ia tidak dibincangkan secara rasional dan terbuka.
Lebih malang ketika Ramadan sepatutnya menjadi waktu introspeksi sama ada secara fizikal mahupun spritual, isu itu menjadi pertelingkahan seolah-olah tiada perkara lebih mustahak untuk dibincangkan.
Pelik juga isu kantin tiba-tiba timbul. Jika masih ingat pada 2013 pernah timbul insiden murid bukan Islam terpaksa makan di tandas sekolah sewaktu bulan puasa.
Sedihnya, 11 tahun kemudian kita masih lagi menimbulkan remeh yang serupa, sedangkan restoran buka pada siang hari Ramadan sejak sekian lama tidak pula menjadi isu.
![[thumbnail of 16220.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16220.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (363kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 100 Philosophy & psychology 200 Religion 300 Social sciences 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore > 395 Etiquette (Manners) |
Campuses: | Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus |
Divisions: | Faculties > Administrative Science and Policy Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 16 March 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |