Program Komuniti Sosial dan Penyediaan Pelan Tindakan Desa – Kampung Kundur Hulu, Rembau, Negeri Sembilan


Abstract

5-7 Januari 2024 – Dengan niat berkongsi ilmu, menyemai budi serta semangat kesatuan dan kesukarelawan yang berkobar, seramai 27 orang pelajar semester empat (Kumpulan CFAP2214A), Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar bersama dua pensyarah pengiring iaitu Dr Muhamad Ferdhaus bin Sazali dan Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Fadzil bin Abdul Rashid telah berkunjung ke Kampung Kundur Hulu untuk menjayakan program komuniti sosial dan SULAM sesi 2023/2024. Program tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu dari 5-7 Januari 2024. Pada dasarnya, program ini dilaksanakan bagi memenuhi kehendak silibus Subjek TPR 482 (Social & Community Planning) dan Subjek TPR 512 (Regional Planning & Development).

[thumbnail of NEWSPAPER_15056.pdf] Text
NEWSPAPER_15056.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (548kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record