Abstract
Di sebalik niqab dan pakaian labuh wanita berusia 37 tahun ini, keupayaannya di dalam larian ultra (melebihi 42 kilometer (km) sukar untuk disangkal. Malah, namanya ketika ini semakin mekar di pentas larian tempatan.
Kehadirannya yang turut disapa pelari tempatan sebagai Kakak Ninja kerana pemakaian dan kemampuannya berlari dalam jarak ultra serta sering berada di tangga podium.
Baru-baru ini Mukminah Paiman sekali lagi mencipta sejarah peribadinya dalam kejohanan larian ultra di UiTM Ultra Vol.7 apabila bergelar juara kategori wanita untuk jarak 162KM. Catatan masa yang direkodkannya untuk jarak itu hanya mengambil masa 27 jam 13 minit.
Dia yang lebih dikenali sebagai Ina dalam kalangan rakan-rakan sebenarnya mula menceburi dalam dunia larian sejak 2017. Ketika itu, dia hanya menyertai jarak lapan kilometer sahaja dan berjaya di kedudukan ke 11.
![[thumbnail of 16201.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16201.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (481kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 3 February 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |