Atlet jadi 'manja' tanpa sasaran warna pingat


Abstract

KUALA LUMPUR: Formula pendekatan sasaran pingat Sukan SEA 2025 di Thailand mengikut jumlah pingat keseluruhan dan tidak mengikut warna pingat dikhuatiri boleh menjadikan atlet 'manja'.

Bukan menafikan usaha keras yang sudah dilakukan atlet namun bagi Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Seremban, Dr Radzliyana Radzuwan, pendekatan itu mungkin mengheret kepada situasi berkenaan memandangkan tiada tekanan diletakkan di bahu mereka untuk memburu kilauan emas.

"Betul (sasaran tanpa mengikut warna pingat), atlet akan menjadi manja, kurang fokus dan lebih rileks," kata Radzliyana ketika dihubungi BH Sukan.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat memaklumkan penetapan sasaran pingat bagi temasya Sukan SEA 2025 adalah mengikut jumlah pingat keseluruhan dan tidak mengikut warna pingat.

[thumbnail of 16199.pdf] Text
16199.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (285kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 700 Arts & recreation > 790 Recreational & performing arts > 796 Athletic & outdoor sports & games
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Berita Harian
Date: 6 February 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record