Program Kolokium Komunikasi Islam Anjuran FKPM UiTM Rembau


Abstract

22 Jun 2024 – Program Kolokium Komunikasi Islam telah diadakan dengan jayanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Program yang dianjurkan ini bagi tujuan memenuhi kod kursus CTU271, Islam dan Komunikasi. Program ini diadakan bagi tujuan memberi peluang kepada mahasiswa menyampaikan idea, berbahas dan mempertahankan hasil kajian dengan lebih berkesan serta penuh keyakinan secara lisan dan bertulis.

Program ini dihadiri mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Selatan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media serta Akademi Pengajian Bahasa. Mahasiswa yang terlibat terdiri daripada 49 orang peserta dari UiTM Cawangan Johor, 133 mahasiswa dari UiTM Cawangan Melaka dan 59 mahasiswa dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan melibatkan 241 peserta.

[thumbnail of NEWSPAPER_15053.pdf] Text
NEWSPAPER_15053.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Click to Download (329kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record