Abstract
SHAH ALAM: Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) menggesa UMNOSiswa menarik balik kenyataan yang dibuat dalam media sosial berhubung insiden melibatkan seorang mahasiswa dengan pemandu bas universiti itu.
Malah kesatuan itu juga kesal dengan sikap mahasiswa apabila menggunakan platform media sosial dengan membuat tuduhan kepada kakitangan universiti bersikap zalim terhadap mereka.
Presidennya, Zulkifli Mohamed berkata, beliau memandang serius tindakan tersebut yang menguar-uarkan isu dalaman UiTM dan secara tidak langsung cuba memburukkan imej universiti dengan mendakwa keselamatan mahasiswa diancam ketika menaiki bas.
“Tugas memandu bas universiti merupakan satu kerja yang mulia dan memberikan sumbangan besar kepada universiti terutama dalam memudahkan urusan pengangkutan mahasiswa dalam usaha melahirkan bakal pemimpin negara.
“Namun mahasiswa berkenaan melabel semua pemandu bas UiTM dengan kenyataan ibarat ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’, penuh beremosi dan melukakan hati semua pemandu bas UiTM,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
![[thumbnail of 16154.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16154.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (322kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations |
Campuses: | Shah Alam |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 17 January 2025 |
Depositing User: | Jaz Norfazuna Jaafar |