KPSK UiTM rai bakat golongan istimewa OKU


Abstract

SHAH ALAM: Karnival CASAxOKU 2025 yang dianjurkan oleh pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana membuka ruang meraikan bakat unik dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai aktiviti seni dan kreatif.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Januari tersebut melibatkan seramai 438 pelajar Pengajian Seni Liberal daripada peringkat diploma hingga ijazah sarjana muda.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM (U-DServed), Prof. Madya Dr. Roslinda Alias berkata, karnival bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar dan golongan istimewa serta memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kehebatan bakat yang dimiliki oleh OKU.

Katanya, antara individu OKU yang mencuri perhatian ialah seorang individu penglihatan dan seorang lagi individu dengan autisme, masing-masing memiliki bakat luar biasa dalam memainkan alat muzik.

“Walaupun berdepan keterbatasan, keberanian mereka untuk tampil di hadapan khalayak membuktikan bahawa tiada halangan mampu mematahkan semangat mereka.

“Karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Simfoni Tanpa Batasan, Tangan Yang Melihat, Talk Show Emansipasi Unik, Trade-sure Hunt, Bengkel Artesable Arena, Cinemove Unisinema Suara Tanpa Batas dan EntrepreNation@Pundana,” katanya ketika Majlis Perasmian CASAxOKU 2025, semalam.

[thumbnail of 16153.pdf] Text
16153.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (311kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 305 Social groups
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 17 January 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record