Langgar pelajar UiTM: Tertuduh layak dibicarakan


Abstract

DUNGUN: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 20 Februari ini tarikh pendakwaan semula wanita yang sebelum ini dituduh melanggar tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, hingga maut pada Oktober lalu.

Majistret Nur Amira Fatihah Osman membuat keputusan itu selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman pada prosiding sebutan untuk laporan psikiatri tertuduh, Norizan Ismail, 50, semalam.

Nur Azhani ketika prosiding itu berkata, berdasarkan laporan psikiatri yang diterima dari Hospital Permai, Johor, pihaknya percaya tertuduh layak dibicarakan.

“Dengan izin Puan (Majistret), bagi kes ini, saya percaya tertuduh layak dibicarakan dan memberi pengakuan. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh untuk izin dakwa dan nota taklimat serta satu tarikh untuk izin dakwa untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu),” katanya.

Ketika prosiding tersebut, tertuduh dilihat bingung selain tidak mengingati nombor kad pengenalannya ketika ditanya jurubahasa.

Pada 15 Okt lepas, Norizan didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anuar Jamaluddin masing-masing berusia 20 tahun ketika itu.

[thumbnail of 16117.pdf] Text
16117.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (258kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 340 Law > 345 Criminal law
Campuses: Terengganu > Dungun Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 15 January 2025
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record