Impak Sweden masuk NATO


Abstract

KHAMIS lalu, Sweden akhirnya sah menjadi negara terkini yang menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas Finland.

Kemasukan Sweden secara rasmi ke dalam NATO menamatkan tradisi berkecuali negara itu yang menjadi tunjang dasar luarnya sejak berabad.

Amalan dan prinsip berkecuali itu bukan sahaja menjadi asas dasar luar negara Sweden, malah ia terpasak sebagai identiti nasional. Bagi yang tidak memahami prinsip tersebut, secara umum Sweden akan berkecuali dengan tidak berpihak (non-aligned) ketika suasana aman, dan berkecuali (neutral) semasa konflik ataupun perang.

Mengapa Sweden bertindak sebegitu memerlukan penerangan yang panjang. Namun, ringkasnya keberkecualian itu timbul disebabkan tindak balas pragmatik berdasarkan pengalaman sejarah, dinamika geopolitik serantau dan te-kanan dalaman negara berkenaan.

Persoalannya, mengapa tiba-tiba Sweden melanggar tradisi dan mahu masuk NATO? Bersungguhnya Sweden mahu masuk NATO sampai sanggup pujuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas hanya menerima Finland dan menolak permohonan Sweden, April tahun lalu menunjukkan keterdesakan yang ketara.

Edit Item Record
Edit Item Record