Abstract
SHAH ALAM - Penyertaan wanita dalam sektor ekonomi di negara ini masih rendah apabila kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) setakat tahun 2022 mencatatkan di bawah 60 peratus iaitu 55.8 peratus bagi kategori negara membangun.
Berdasarkan ranking negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di tangga ke-102 daripada 146 negara berbanding negara jiran seperti Singapura yang berada di kedudukan ke-49, Vietnam (72), Thailand (74), Timor-Leste (95) dan Brunei (96).
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UITM), Dr Mohamad Idham Md Razak berkata, jurang gaji antara jantina merupakan salah satu faktor mempengaruhi peratusan KPTB ini disebabkan kurangnya bilangan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Menurutnya, biarpun terdapat penambahbaikan penyertaan wanita dalam beberapa sektor, namun tingkat pendapatan yang diterima golongan itu sangat rendah walaupun tanggungjawab dan tugas adalah sama dengan lelaki.
![[thumbnail of 16114.pdf]](/style/images/fileicons/text.png)
16114.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only
Click to Download (434kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences 300 Social sciences > 330 Economics > 331 Labor economics |
Campuses: | Selangor > Dengkil Campus |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 8 March 2024 |
Depositing User: | Muhamad Faiz Abdul Ghafar (Dengkil) |