Ciptaan trio sampai angkasa


Abstract

Kuala Lumpur: Tiga anak tempatan melakar sejarah apabila teknologi ciptaan mereka iaitu Wireless Power Technology for Space Applications (stesen pengecasan tanpa wayar untuk kegunaan di angkasa) dipertandingkan pada Startup World Cup 2023 di Silicon Valley, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Lebih membanggakan apabila teknologi ciptaan Muhammad Mohd Kamil, 29, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan, 29, dan Lee Guo Rui, 25, itu adalah yang pertama di negara ini dan dunia.

Pengasas Aphelia Sdn Bhd, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan berkata, mereka berbangga apabila dapat mewakili negara pada pertandingan 'startup' terbesar di dunia.

"Pada awalnya kami memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan yang diadakan di Sunway iLabs di bawah Sunway University tahun lalu. Kemudian, kami mewakili negara ke AS dan bersaing dengan lebih 40 negara lain. Ini sebuah pertandingan terbesar yang memang diimpikan oleh semua orang.

"Semua yang menang di negara masing-masing membawa ciptaan masing-masing. Cuma, rezeki kami apabila berada pada peringkat separuh akhir saja. Hanya 10 negara bersaing di peringkat akhir. Apa pun, kami tetap bersyukur dan bangga kerana teknologi kami antara yang terbaik dan yang pertama di dunia.

"Bezanya teknologi kami dengan yang lain terutama di AS dan Kanada adalah mereka menggunakan laser, manakala kami menggunakan radio signal. Ia lebih selamat berbanding laser yang boleh dijadikan senjata," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi lanjut, Razlan berkata, idea menghasilkan teknologi ini sejak 2017 lagi ketika menuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.

[thumbnail of 16110.pdf] Text
16110.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (500kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 620 Engineering & allied operations
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > College of Engineering
Newspaper: Harian Metro
Date: 4 February 2024
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record